Tuesday, August 11, 2015

What??? Cerita Melayu? Takde cerita lain ke nak tengok?

Ok... aku mengaku aku bukan penggemar cerita melayu... jangan salah faham... aku bukan tak suka pelakon ke apa... tapi jalan cerita selalunya cliche. naik muak dah... macam cerita industan pon ada...
Maaf... kalau ada peminat setia cerita drama melayu yang aku rasa sekarang ni banyak sepatutnya diklasifikasikan 18SX...

Kalau anak sedara aku yang baru 10 tahun tu gedik nak tengok memang aku cukup marah. Seriously aku memang tegas... dan garang... hehehe...
Anyways kalau kita tak suka, kenala cari cerita yang membina kan... so adala abang tempat kerja aku ni syorkan tengok drama Hanna Raudhah from RTM. Memula aku pandang serong kat abang tu... hai, ada jugak la lelaki yang suka tengok drama... aku ingat drama ni untuk perempuan jek.... dan aku ni bukanla idealist sangat...

Maafla dengan bahasa rojak aku ni... bila jari jemari menekan butang papan kekunci dan olahan semua dalam Bahasa Melayu aku terasa janggal... dan mengambil masa agak lama untuk memikirkan ayat yang sesuai; dan bait ayat bak puitis jadinya... hahaha

Ok.... berbalik kepada drama melayu yang abang ni syorkan... bersungguh aku cari di myklik. Drama 13 episod ni agak lain dari drama yang menjadi kegilaan kawan-kawan perempuan aku yang lain. Sebolehnya aku taknak tengok sebarang sinopsis tentang drama ni... sebab aku nak sesuatu yang segar.

Ok... pelakon Sara Ali, Zain Ruffedge, Afiq Muiz, Fauziah Nawi, Dato' Rahim Razali.... aku tak pernah nak soalkan kehebatan pelakon veteran, mereka memang hebat, tapi aku dah terprejudis sikit pasal Sara Ali, sebab last aku tertengok cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna.... eh pon jangan salah faham... aku tak suka karekter dalam cerita tu... Baikla... buang perasaan jauh-jauh... moh start episod pertama.

Ok... episod pertama pengenalan yang baik.... Latar blakang keluarga both protagonis... Sara Ali aka Hanna Raudhah datang dari keluarga yang sentiasa sibuk dan agak tak peduli dengan nya... ok... memang kebanyakan famili macam ni pon kan sekarang... tak peduli sangat buat apa as long as get out of the parents way... (ini fikiran aku je). Ok pada aku yang memang open minded and very outgoing (hahaha perasan) Hanna ni bukanla liar manapun, dia tak kurang ajar, soft spoken dengan orang tua... bukanla kaki mabuk todi or clubbing macam kebanyakan sekarang... kita boleh panggil dia ignorant bab agama, sebab tak ada siapa yang mengajar. Bapak sibuk, Mak tiri ni dah start nak cari salah Hanna... Dan bila si Afiq Muiz aka Jacob aka Yaakob sebenarnya hahaha mem'tut' Hanna aku dah start nak marah... eh bukan pasal cerita tapi pasal sifat feminisme aku... So bila Hanna mengandung, famili dapat tahu, Si Mak tiri yang selama ni tak ambil endah pun salahkan tuan punya badan... realist disitu aku suka.... bapak ni pulak keliru kot, sebab tu dia tak halang masa Hanna dihalau dari rumah...Ok..dalam episod pertama jek dah banyak benda dia explain... macam separuh cerita... so aku terfikir... lagi 12 episod ni nak cerita apa pulak. hahaha.
Alkisah famili Zain ni blom kuar banyak lagi... so tunggu...

Dipenghujung episod pertama si Hanna pengsan dan jumpa plak Umi ngan Walid... aku agak diorang bawak Hanna balik rumah... jengjengjeng betul....
So bermulalah episod Hanna menumpang di rumah Walid dan Umi dan Zain aka Ustaz Yusuf yang lebih suka dan berminat buat sarung parang... hohoho comel disitu... walaupun takde muka Ustaz sangat (aku prejudis jugak kat situ, walhal ada je muka ustaz ibarat muka pecah rumah, gangster dan sebagainya) jadi aku cuma cakap kat diri sendiri, 'never judge a book by it's cover'. Baiklah... mari teruskan. perjumpaan pertama depan toilet membuatkan aku tergelak sambil tersipu... Owh my... hahaha

Aku suka bila tengok Umi tak pernah tanya pun siapa nama Hanna sampailah Hanna buka mulut sendiri, Ya Allah... sabarnye Umi... kalau kebanyakan orang mesti dah gundah gulana entah siapa yang kita tumpangkan kat rumah... tapi sifat baik sangka Umi dan Walid sangat aku puji... Abang Yusuf pun... eh... hahaha Ustaz Yusuf memang baik, walaupun ada nampak keraguan kat air muka tapi tak membantah langsung cakap Walid dengan Umi, alahai, untungla...

Aku suka tengok belajar mengaji bermula muqaddam... Alif Ba Ta.... ha barula realist, siap tajwid pun Umi betulkan... Alhamdulillah, kesungguhan pada pembelajaran yang betul... suka sangat. dan komedi pun ada juga sambil menegur cara senyap Yusuf mengerling jam pukul sepuluh pagi, bila Hanna baru bangun tido... hahaha comel, aku tersedak minum air.

Owh jangan khuatir Afiq Muiz aka Jacob aka Yaakob nanti muncul balik... yang bestnye bukan sebab dia sedar kesilapan dia... tapi sebab dia anak Umi ngan Walid jugak dan bersungguh taknak rahsia terbongkar... hampagas!!! (sila abaikan feminisme aku itu). Memula aku ingatkan Ustaz Yusuf ni anak tunggal, sebab terlepas dengar Umi memperkenalkan "Abang Yusuf, anak sulung Umi."

Eh nak kena tulis banyak ke... aku nak thumbs up jela... antara drama melayu terbaik pada aku. Lakonan Sara Ali terbaik pernah aku tengok... Saat-saat romantis awkward antara Hanna ngan Yusuf buat aku tersipu-sipu... hahahaha... aku ni dah kenapa? kena sound dengan Ustaz Yusuf pon aku rasa romantik... hahahaha... So syabas RTM... cerita macam ni aku memang nak tengok.... sanggup tak tidur nak abiskan drama satu malam.... Kalau dapat buatla lagi cerita yang berisi macam ni... disebabkan jauh diperantauan myklik aje... sapa yang terlepas boleh tengok jugak...






5 comments:

  1. nak tgk full episod kat mana? please nk tgk xtgk lagi...baca sinopsis cm best

    ReplyDelete
  2. DEKAT MYKLIK XADA LA...SILA UPLOAD CERITA NI PLEASE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sayang betul dah takde... dulu tak minat donload
      But I have a few episodes if you are interested

      Delete
    2. Can u give that videos to me... Please sir

      Delete
  3. Nak tengok full kat mana.... Please

    ReplyDelete